Isnin, Disember 13, 2010

BERNIAGA BURGER DI TAIPING

Setelah aku gagal hidup diKuala Lumpur kali ini aku memilih pula untuk mencuba nasib di Taiping iaitu dikampung aku dilahirkan.Disini juga keadaanya sama dimana memang sukar untuk dapatkan kerja.
Suatu hari penat merayau aku singgah disebuah kedai burger untuk mengalas perut.Sambil makan aku berbual dengan penjual burger tersebut dan aku tertarik juga melihat dia berniaga tiba-tiba dia mengajak aku bekerja dengannya setelah mengetahui yang aku mencari kerja kebetulan pula dia perlukan pembantu.

Maka bermulalah episod aku sebagai penjual burger.Aku diajar cara-cara memasak burger beserta cara membelah daging semasa memasak agar isi didalamnya turut masak.Setelah agak lama bekerja dan kami semakin rapat suatu hari aku melontarkan idea untuk mengindahkan lagi stor burger kami tu.Konsep yang aku cadangkan adalah konsep rock sesuai dengan imej kami pada masa tu.Dia lantas bersetuju maka kami mengecat semula stor dimana dibahagian depan kami lukis logo sebuah kumpulan rock bernama 'sofea' dan lagu yang kami putarkan adalah lagu2 rock dengan cara ini kami berjaya menarik ramai pemuda terutama mat/minah rock untuk singgah ke gerai kami.

Oleh kerana gerai tersebut terletak distesen bas ekspress berhenti maka mereka akan menjamu selera sambil mendengar lagu yang kami putarkan sementara menantikan bas masing2 berangkat semula.Ketika ini pendapatan kami agak mewah dan aku biasanya makan disebuah gerai dimedan selera dimana sebagai pelanggan tetap mereka telah tahu makanan kegemaranku.Ketika melihat aku duduk tak perlu ditanya mereka akan menyiapkan makanan aku nasi goreng bersama kopi 'O' ais dan aku tidak pernah kekaunter untuk membuat bayaran kerana mereka juga tahu duit aku akan letakkan dibawah pinggan makan aku..biasanya aku akan letakkan rm10 selebihnya 'keep the change'.

Setelah melihat gerai kami semakin maju selepas itu muncul lah pesaing-pesaing baru.Dari 2 gerai kini menjadi 6 gerai kesemuanya dikawasan yang sama.Ketika itulah terasa untuk mendapat jualan 10 biji burger satu hari pun susah.Ada kalanya lansung tiada jualan hinggalah kami berdua hanya makan burger yang kami masak sendiri untuk mengalas perut namun kami akur dan tidak berupaya menghalang orang lain yang turut sama ingin mencari rezeki.

Akhirnya bila merasakan kami tidak lagi mampu bersaing aku mengambil keputusan untuk kembali berhijrah dan lokasi pilihanku seterusnya adalah untuk ke Kuantan.

1 ulasan:

  1. Selalunya yang aku tahu orang perak ni...semangat dia kuat..semoga reziki kamu bertambah..amin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...