Isnin, Disember 13, 2010

AKU DAH JADI BAPA ...

Kini tibalah saat untuk isteriku bersalin.Bertempat di hospital university anak kami dilahirkan dan kami dikurniakan seorang anak lelaki.Rasa kesian dan sedih bila melihat anak aku diletakkan didalam 'incubator' di bawah sinaran 'uv lamp' akibat penyakit kuning.

Di sebalik nama yang aku berikan untuk anakku terselit juga sedikit kisah lantaran namanya diberi.Ketika isteriku mengandung kami masih lagi tinggal dengan ibubapanya.Disaat isteriku sedang sarat ...perang dingin berlaku diantara ibu dan bapa mertuaku. Kami sekadar melihat dan enggan masuk campur kerana itu masalah rumahtangga mereka namun kami berharap agar mereka dapat berdamai disaat begini.Padaku itu adalah masalah biasa yang dihadapi oleh semua pasangan yang berumahtangga...sedangkan lidah lagi tergigit ye tak..

Disaat isteriku sedang terlantar dihospital hubungan mereka masih belum pulih dan masih tidak bertegur sapa.Namun begitu mereka mengambil berat keadaan isteriku apatah lagi ini adalah cucu mereka yang pertama.Ketika itu aku mengharapkan moga kehadiran anakku berjaya memulihkan hubungan mereka.Aku mula mencari nama yang sesuai untuk anakku..nama yang memberi makna.

Pada 14 feb (bersamaan hari valentine day) isteriku bersalin dengan selamat dan kami mendapat anak lelaki maka anak itu aku namakan " Ikhwan " yang membawa maksud 'persaudaraan'.Dah jadi bapa rupanya aku...Untuk menyedapkan lagi sebutan aku tambah sikit dibahagian depan maka jadilah namanya ' Afzany Ikhwan' Aku berharap nama itu dapat menyatukan semula hubungan kedua mertuaku.Syukurlah setelah itu hubungan mereka segera pulih dan bahagia hingga kini dan akhirnya dia menjadi cucu kesayangan mereka dan mereka meminta kebenaran untuk terus menjaga anakku itu setelah bapa mertuaku pencen dan pulang kekampung.Melihat hanya mereka berdua tinggal dikampung aku benarkan lagipun anakku memang lebih rapat dgn atuk dan neneknya.Disaat aku menulis anakku bakal mangambil PMR tahun ini.Semoga dia berjaya dan menjadi anak yang berguna..amin

Kisah anak ke2 pula ..aku berpeluang melihat isteriku bersalin.Aku yang ketika itu menunggu diluar dipanggil oleh doktor untuk melihat detik2 kelahiran anak aku.Aku berdiri disebelah doktor melihat proses anakku dilahirkan.Ketika melihat kepala bayi keluar aku agak risau kerana bahu bayi tersekat dan doktor cuba menarik kepalanya..ehhh !! putus pulak karang kepala anakku ni bisikku dalam hati.Selepas itu aku melihat doktor dengan selamba mengunting bahagian kiri dan kanan agar bayi lepas keluar.Selepas itu barulah berjaya dan tali pusatnya digunting.Darah membuak-buak keluar dan berbau hanyir.Setelah bayi di tepuk hingga suara tangisannya kedengaran barulah aku diminta keluar kerana bayi itu akan dibersihkan...tapi rasanya itulah yang pertama dan terakhir ...tak nak lagi dah aku tengok..hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...