Isnin, Disember 13, 2010

AKU DAPAT RUMAH PULA

Sasaran aku seterusnya adalah mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah.Sekali lagi aku perlu berfikir dan mencari jalan bagaimana caranya nak dapatkan rumah ni.Memikirkan harga rumah semakin lama semakin mahal aku berpendapat aku mesti dapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah.

Ketika itu ramai rakanku mengajak aku bersama mrk membeli rumah di Bukit Beruntung tapi entah kenapa gerak hatiku tidak kearah itu walau mrk berkata disitu adalah lokasi pelaburan yang baik.Aku sekadar mengiyakan apa kata mereka sebab aku tiada duit simpanan pun untuk membayar duit muka.Sekali lagi ingin aku katakan Allah memang sayangkan aku dan sentiasa permudahkan urusanku.Ketika aku menunggang motosikal aku ternampak banner yang besar dari PKNS tawaran membeli rumah.Aku segera naik dan meninjau lokasi tapak projek dan dalam masa yang sama aku bertanya pada mereka tentang proses pembelian rumah.

Dari plan layout yang aku lihat segalanya menepati ciri2 yang aku impikan harga dibawah 100 ribu (harga rumah itu adalah 75ribu) dan kekosongan yang ada (ketika itu hanya tinggal 4 unit saja lagi) berhadapan tanah lapang yang hampir dengan taman dan tadika serta lokasinya agak jauh dari kesibukan bandar Kuala Lumpur dan yang paling penting rumah tersebut adalah hak milik kekal atau disebut pegangan bebas.Rumah yang bakal aku beli ini terletak di bandar utama Batang Kali iaitu berhampiran dengan tpt perkhelahan Ulu Yam dan terletak dibawah pusat peranginan Genting Highland (hanya 5 minit untuk ke stesen cable car).

Aku segera balik dan berbincang dgn isteriku.Seperti biasa isteriku hanya mengikut apa saja plan aku lantas kami bersetuju untuk mengeluarkan akaun EPF (akaun 2) kami berdua untuk membayar duit muka sebanyak 10%.Ini bermakna rumah tersebut atas nama aku dan isteriku.Bila aku memberitahu rakan2 ku mereka semua ketawakan aku kerana memilih rumah tersebut.Kata mereka lagi " yang kau pergi beli rumah dekat jin bertendang tu buat apa itukan kws hutan sapa nak duduk sana".Aku hanya mampu tersenyum sekadar memberi alasan aku memang cari kws hutan sedikit supaya lebih nyaman dan tenteram serta persekitarannya bersih dan sejuk.

Selepas 2 tahun rumahku pun siap dan aku diminta datang untuk mengambil kunci rumah.Aku bersama isteri dan anak2 terus mencari dimana letaknya rumah kami.Sepanjang perjalanan kami menyusuri tempat perkhelahan Ulu Yam dan setelah bertanya dengan beberapa orang (inilah pertama kali kami datang kesini) akhirnya sampailah kami kerumah kami.Alangkah terkejutnya aku kerana tempat itu jauh dari apa yang aku bayangkan.Ia telah menjadi sebuah bandar lengkap dengan sekolah,petrol station dan pasaraya serta stesen LRT...ada lagi ke jinnya..hehe.

Ketika tiba kerumahku dan membuka pintu buat pertama kali aku mengucapkan syukur kepada Allah atas pemberiannya dan atas usahaku juga.Ketika aku membelek peti surat ternampak pula satu surat tawaran dari seorang Cina yang berminat untuk membeli rumahku.Bila aku pandang semula ke nombor rumahku baru aku perasan nombor rumahku adalah nombor 8.." wah!! ada ong kot ni bisikku dalam hati "..

Setelah itu dengan menggunakan duit balance dari keluaran EPF kami ubahsuai sikit dengan menambah tile/mozeq serta ratakan tempat letak kereta dengan simen penuh bertujuan untuk menarik penyewa.Ketika siap spenuhnya aku gantung iklan besar dipintu rumah untuk disewa.Belum sempat aku melangkah masuk ke pintu kereta seorang wanita datang mengatakan dia berminat untuk menyewa rupa-rupanya dia memang dah lama perhatikan rumah aku ni sejak aku buat ubah suai lagi.Aku yang ketika itu belum sempat nak fikir berapa untuk disewa terus saja bersetuju dengan kadar sewa yang dia cadangkan (rm 300) katanya itu adalah rate std. kws ini.Ketika aku menulis kadar sewa masih aku kekalkan asalkan dia menjaga rumah aku dgn baik.Yang pastinya kini rakanku yang membeli rumah di Bukit Beruntung semuanya mengeluh kerana sukar untuk disewakan (ada yang sewakan rm50 sahaja)..susah2 bagi je jin sewa hehe...

Kini aku melangkah lagi dengan impian seterusnya.Mengikut perancangan aku setelah berjaya membeli rumah teres (untuk aku tinggal bila dah tua nanti) aku nak beli sebiji lagi rumah cukuplah hanya rumah flat untuk aku tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur ketika ini ..namun berjayakah aku merealisasikan impian aku itu ??jika aku berjaya apa pula yang aku lakukan??...nantikan episod seterusnya ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...