Isnin, Disember 13, 2010

KENANGAN SEBAGAI " CADDY "

Setelah berhenti kerja sebagai kelindan lori rakanku mengajak pula bekerja sebagai 'caddy' atau kedi dipadang golf dan seperti biasa aku memang tidak memilih kerja hanya mengikut saja.Awal pagi kami berdua keluar menuju ke Royal Golf Club yang terletak berhampiran teluk cempedak.Sebenarnya kerja ini hanyalah kerja part time sahaja bermakna sesiapa saja boleh bekerja dengan mendapat upah dari pemain golf.Rakanku yang telah beberapa datang kesitu memperkenalkan aku kepada org yang menjaga budak2 kedi dan dialah yang akan memilih siapa kedi yang akan mengikut pemain golf nanti.Disini kami diasingkan kepada 3 group dimana group A bertaraf pro. atau paling berpengalaman dimana upah untuk mereka juga tinggi, group B bertaraf sederhana manakala group C adalah orang baru seperti aku.

Sebelum sempat pelajari apa-apa tiba-tiba rakanku terpaksa balik kerana ada urusan lain maka tinggallah aku terkebil-kebil manunggu namaku dipanggil.Hampir sejam menunggu dan waktu telah pun menghampiri jam 12 tgh hari maka tibalah rezeki ku.Namaku dipanggil untuk membawa kayu golf pada seorang yg berbangsa korea/taiwan.Sambil memikul kayu golf dibahu dan mengikutnya aku berkata dalam hati kenapala bodoh sangat diaorang ni main golf tengah-tengah panas nak kata budak bukan budak lagi dan aku juga merasa seperti orang bodoh memikul beg yang penuh dgn kayu golf ditengah panas.

Aku teringat kalau dikampung ketika kecik-kecik dulu mak aku selalu membebel kalau aku bermain tengah panas..tapi sekarang aku tgk bapa budak pula main tengah panas.Setelah memukul satu lubang ke satu lubang maka tiba lah kerumput yang rata dimana pemain perlu masukkan bola tersebut kedalam lubang.Aku dah tak ingat kws tu dipanggil apa.."birdy" rasanya lebih kurang gitulah bunyinya.Aku yang kepenatan memacakkan bendera sambil berpaut padanya untuk menghilangkan lenguh kakiku.Aku merasa pelik bila aku lihat dia menghalakan pukulan ditempat aku berdiri bersama bendera yang aku pacakkan.

Sekali lagi aku berkata didalam hati apa kena pulak org tua ni lubang sebelah sana kenapa nak halakan kat aku pulak.Dia menghayunkan bola dengan gaya yang amat lembut dan aku melihat saja bola meleret hampir ke tiang bendera dimana aku berdiri.Kemudian dia datang menghampiriku dan dengan wajah terkejut dan seperti agak marah dia memandangku.Aku hanya melihatnya dengan hairan sambil berkata dalam hati yang kau pukul bola kesini buat apa??..mungkin disebabkan dia tidak tahu berbahasa melayu maka dia hanya mengelengkan kepala.Selepas itu barulah kedi untuk seorang lagi pemain yang berada disitu menerangkan padaku sepatutnya semasa pemain memukul bola kedi akan pacakkan tiang bendera betul-betul dibelakang lubang golf sebagai guide pada pemain tersebut agar sasarannya lebih tepat.Oh baru aku tahu patutlah dia macam marah je tadi tapi aku bertanya pada rakan kediku itu kenapa dia tidak beritahu aku tadi? dia berkata kedi tidak dibenarkan mengganggu pemain atau kedi lain semasa mrk bermain nanti dia akan dimarahi sambil menepuk bahuku dan berkata tak apalah baru belajar katanya.

Setelah habis kesemua lubang waktu dah melebihi jam 1 tgh hari..Aku melihat ditengah padang masih ada lagi yang memukul bola golf..memang bodohla diaorg ni main tengah-tengah panas kataku dalam hati..selepas berehat seketika aku dipanggil oleh pemain tadi dan diberi upah sebanyak rm8 sahaja..biasanya kata rakanku walau kedi baru sekalipun paling kurang mrk akan dapat upah sebanyak rm10..mungkin kerana kesilapanku tadi agaknya tak mengapalah berapapun dia beri aku terima saja. selepas itu aku tidak lagi berminat untuk meneruskan kerja itu ..Aku berbisik didalam hati sekiranya aku kaya nantipun aku takkan pilih sukan ini..lansung aku tak minat yang aku lihat sukan ini popular hanya kerana mrk semua org kaya dan disinilah mrk semua berkumpul apatah lagi yuran untuk menjadi ahli mencecah ratus ribu setelah aku lihat melihat dipapan iklan disitu..Namun itulah pertama dan terakhir pengalamanku sebagai kedi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...