Isnin, Disember 13, 2010

AKU TERBANG KE JEPUN

Sungguh tak kusangka aku kini menanti saat untuk berlepas ke negara Jepun.Segala persiapan yang perlu turut kami bawa antaranya maggi (aku bawa sekotak) dan sebotol sos cili (wajib pesan rakanku nanti sampai sana kau tahulah katanya).Hari ini jugalah kami pertama aku memakai kot bersama tali leher..aku lihat ke cermin wahhh..mcm ahli corporate la pulak hehe..siapa sangka sebelum ini aku pakai seluar koyak dilutut kali ini baju kot tersarung dibadanku.

Perjalanan memakan masa selama 8 jam sebelum kami tiba kelapangan terbang NARITA.Selepas itu kami bertolak menuju ke Saitama tempat hotel penginapan kami.Kami menaiki tren/LRT yang tak ubah seperti berada didalam pesawat.Tiba di hotel kami semua sudah menggigil kerana ketika itu musim salji.Masuk ke bilik barulah terasa lega kerana heater (bkn aircon) telah tersedia dipasang.Aku berbaring sambil menonton tv tapi kesemua siaran telah dialih ke bahasa jepun..bukalah apa saja siaran walau berita sekalipun semuanya dialih suara.Untuk menonton movie pula kena masukkan 20yen (50 sen rasanya) ke slot yang disediakan untuk tayangan selama 15minit...itu pun nak berkira kata hatiku...tapi suara tetap dalam bahasa jepun.

Esoknya kami dibawa melawat ke kilang serta membuat persembahan di sana.Sekali lagi aku merasa amat bangga apabila kali ini suara aku bergema di negara Jepun.Lima hari berada disini banyak juga tempat yang kami lawati antaranya kami dibawa berjalan ke Tokyo Disneyland..sehari suntuk disana itupun tak habis ronda.Kemudian kami dibawa ketempat bermain ski diatas bukit iaitu di Tanegawa.Aku tak sempat mencuba kerana orang terlalu ramai berbaris.
Menariknya bas yang kami naiki dipasang rantai ditayarnya untuk mengelakkan dari mengelongsor kerana jalan diliputi salji.rasa macam naik kereta kebal pun ada..Kami juga dibawa berjalan ke ladang epal.Disini kami bebas memilih buah epal yang dipetik sendiri dari pokok...memang fresh rasanya berlainan dgn epal yang biasa dimakan dinegara kita.
                                            
 
                   **sejukk..baju 4 lapis                     **epal..petik je 

Malamnya pula kami dibawa berjalan ke bandar Tokyo.Aku terkejut kerana sebaik sahaja tiba kami disambut dengan ramai pemuda yang menghulurkan kertas tisu yg didalam plastik.(tisu lap muka)..sepanjang perjalanan entah berapa ramai yang hulurkan tisu manakala diatas jalanraya penuh bersepah dengan tisu2 tersebut.Aku berbisik dgn rakanku kata jepun ni bersih tapi bersepah dengan tisu bila aku belek rupanya dibelakang tisu tersebut diletakkan dgn bermacam iklan mcm along ,iklan rumah urut dan bermacam jenis iklan lain...patutla kataku.Tapi aku terkejut bila keesokan paginya tidak ada walau satupun tisu2 tersebut dijalanraya..memang nampak sungguh bersih berbeza dari yang aku lihat dimalamnya.

Makanan disini cukup menyiksakan serta mahal.Nasi boleh didapati tapi rasanya lembik seperti pulut.Ikan pula kebanyakan hanya dimasak setim/rebus.Ketika direstoran ikan tersebut dipamerkan didalam akuarium besar sebelum ditangkap setelah kami pilih.Aku terkejut kerana selepas ikan itu disiang dan dibasuh terus dihidangkan pada kami..sekali makan boleh masuk lagi kali kedua aku dah mula loya..semua makanan yang disediakan tiada rasa apa-apa bahkan supnya juga tawar..ketika inilah cili sos yang kami bawa memainkan peranan..rakanku cuba membeli ayam goreng di mc donald malangnya rasanya tetap tawar tiada perasa.Akhirnya makanan yang paling sedap adalah maggi yang kami bawa dari makan pagi,tengah hari atau malam.

Ketika membeli belah pula memang masalah besar kerana mereka lansung tak tahu bahasa lain.Sudahnya jadi macam ayam dgn itik ckp melayu tak tahu english pun tak tahu last2 guna bahasa isyarat.Begitu juga signboard semuanya ditulis dalam bahasa jepun lansung tak ada bahasa lain.Kalau tersesat habisla kataku..Begitu juga distesen LRT semuanya dalam bahasa jepun cuma yang menariknya ketika memasuki saja kedalam LRT masing2 akan mencapai buku yang tersedia diatas rak.Keadaan sunyi sepi jika ada yang bercakap pun dgn nada berbisik.Kami yang tak tahu berbahasa jepun hanya sekadar lihat gambar sajalah dari majalah tersebut.Selepas tiba ke destinasi pula masing2 akan letakkan semula buku tersebut..aku rasa kalau kat negara kita mmg dah lama hilang buku tu.

Masuk hari ke5 kami semua sudah tak tertahan lagi nak balik.Masing2 mula mengeluh rindukan makanan ibunda terutamanya nasi walau bersama ikan goreng sekalipun. Esoknya kami bersiap untuk berangkat pulang dan ketika didalam pesawat betapa gembiranya apabila kami diberi nasi lemak..kami makan begitu gelojoh sekali seperti dah bertahun tak jumpa nasi..nasib baik peramugari sporting dan agaknya dia pun faham dan memberikan sebungkus lagi selepas rakanku minta tambah..buat malu je hehe..
Kata orang 'hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri' memang betul lah ungkapan itu.Jepun bukan lagi destinasi pilihanku walau ada yang nak sponsor aku percuma.Setakat 2 hari boleh la..kalau lebih rasanya aku tak mungkin pergi.
Selamat tinggal Jepun..kenangan bersamamu tetap terpahat dalam hatiku..sayonara !!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...