Isnin, Disember 13, 2010

REZEKI AKU DI KILANG PAPAN

Aku meneruskan usahaku untuk mencari kerja.Kali ini aku mencuba pula meminta kerja disebuah kilang papan setelah aku melihat ramai pekerja keluar masuk dikilang tersebut.Aku diterima bekerja dengan gaji rm8 sehari.Itulah aras gaji ketika itu nak dapatkan gaji yang lumayan memang susah maka aku terima sahaja berapa pun upahnya.

Aku lebih bernasib baik ketika bekerja disana aku bertemu dengan rakan sekampung yang bekerja dikilang yang sama cuma dibahagian yang berlainan.Aku meminta untuk tinggal dirumahnya dan dia yang bersimpati denganku mengizinkan aku tinggal dibiliknya yang disewa bersama rakannya.Meskipub bilik tersebut kecil dimana jika kami bertiga tidur tiada lagi ruang lain muat-muat sahaja untuk kami tidur...namun aku amat berterima kasih padanya serta rakannya yang membenarkan aku menumpang.

Disini kerjanya dipenuhi dengan habuk kayu yang berterbangan lebih-lebih lagi waktu siang.Selepas 3 bulan bekerja aku diserapkan kedalam shif bermakna aku akan bekerja dalam 2 shif seminggu siang dan seminggu malam.Aku ditugaskan bersama seorang lagi rakan sekerja dimana kami berdua perlu menjaga mesin memproses kayu untuk dijadikan serbuk halus dan dihantar keproses seterusnya untuk menjadi papan yang mampat.Sebagai rakan setugas aku dan dia sering berbual bersama lebih-lebih lagi bila shif malam dimana kami memulakan tugas dari jam 8 mlm hingga 8 pagi dan kami biasanya bergilir untuk tidur dimana dia akan masuk tidur dahulu dari jam 12 hingga 3 pagi dan kemudian barulah giliran aku.Aku sebenarnya kagum melihat rakanku ini (lihat gambarnya dgn aku dan namanya Zul) kerana meskipun dia telah berkahwin dan dengan gaji sebanyak itu aku tidak pernah melihat dia sugul.Katanya dia telah mempunyai 2 orang anak manakala isterinya tidak bekerja.

Meskipun dia datang bekerja dengan baju yang lusuh dan hanya berselipar aku melihat dia tidak pernah merasa rendah diri dengan keadaannya dan dia sentiasa ceria serta sering bergurau denganku.Kadang-kadang dia membawa makanan untuk dikongsi bersama namun aku agak keberatan untuk makan kerana kasihan melihat keadaannya tapi dia seakan memahami apa yang difikiranku lantas memberitahu ini adalah rezeki kita sama-sama apa yang ada kita makanlah kalau tak ada maka kita diam sajalah.Meskipun kini aku tidak lagi bertemu dengannya dan tidak lagi mendengar khabar tentangnya aku doakan dia sihat dan dimurahkan rezeki.

Antara peristiwa menarik yang tidak aku lupakan sepanjang bekerja disini adalah ketika rakan dibahagian sebelah dirasuk.Malam itu entah kenapa aku rasa amat mengantuk lantas memberitahu rakanku untuk tidur dahulu.Aku tidur bersama dengan beberapa org lagi rakan lain.Ketika baru saja melelapkan mata sekitar jam 2 pagi kami semua terkejut apabila mendengar jeritan dari seseorang dan kami semua lantas membuka lampu untuk melihat apa yang berlaku.Rakan-rakan yang lain turut menyerbu untuk melihat apa yang berlaku dan yang lebih memeranjatkan rakan yang menjerit tadi betul-betul tidur disebelahku.Kami semua terkejut melihat keadaan dia dengan matanya yang bulat serta merah hanya memandang keatas.Dia juga kelihatan amat menakutkan dengan giginya mengertap seperti ingin menggigit sesuatu dan darah turut mengalir dari mulutnya sambil meracau dan mendengus seperti harimau.Lantas kami semua memegangnya dimana dua org memegang tangan seorg memegang kepala manakala aku dan seorang lagi memegang kedua-dua kakinya.

Ketika itu keadaan masing-masing amat meletihkan kerana dia begitu kuat meronta-ronta.Setelah berbincang kami memilih untuk membawa dia segera pergi berubat dengan mengusungnya menaiki van.Sampai dirumah bomoh hari telahpun pagi dan kami semua dapat menyaksikan upacara tersebut.Kami melihat bomoh menggunakan daun seperti daun kelapa sawit namun aku tak pasti jenis daun tersebut sambil mengibas tubuh rakanku tadi yang semakin kuat menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri.Semasa bomoh tersebut bertanya pada rakanku itu dari mana dia datang kami sekali lagi terkejut apabila suaranya berubah seperti orang tua dan dia berkata dia datang dari bukit.Setelah itu aku melihat bomoh tersebut memicit ibu jari rakanku itu sambil mengarahkan nenek tersebut supaya keluar namun dia tetap berdegil dan kali ini kami lihat rakan ku ketawa seperti mengejek bomoh tersebut.

Bomoh terus membaca ayat-ayat alquran sambil memicit ibu jari dengan lebih kuat dan akhirnya dia setuju untuk keluar dan sememangnya itulah tempat dia keluar iaitu melalui ibu jari..baru aku tahu rupanya disitulah tempatnya dia akan keluar satu pengalaman yang amat berguna buatku meskipun amat meletihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...