Isnin, Disember 13, 2010

BERMULANYA EPISOD DI PERANTAUAN

Setelah habis peperiksaan aku yang sememangnya nekad untuk merantau mengajak rakan-rakanku untuk turut serta malangnya tiada seorang pun yang berani dengan memberi berbagai-bagai alasan.
Pagi itu aku bulatkan tekad untuk merantau seorang diri.Dengan berbekalkan wang saku hanya sebanyak rm15.00 pagi-pagi lagi aku meminta rakanku untuk menghantar aku kesimpang jengka dimana disitulah kami semua menunggu bas untuk ke destinasi masing2.

Sedang menunggu tiba-tiba seorang pakcik bertanya kemana aku nak pergi aku katakan aku nak ketemerloh dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur sambil mempelawa aku mengikutnya kerana dia juga nak ke temerloh.
Selepas tiba dan berterima kasih pada pakcik tu aku membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur berharga rm5 ketika itu.Dalam perjalanan tidak banyak yang aku fikirkan hanya berangan-angan apa kerja yang nak aku buat nanti.

Tiba di KL bas berhenti dihentiannya di chow kit dan aku segera bergegas turun.Ketika itu suasana amat asing bagiku dengan manusia yang lalu lalang lantas aku berfikir kemana aku nak tuju.Dalam fikiranku hanya memikirkan bagaimana aku harus berjimat dengan wang saku yang hanya tinggal rm10.Bagiku untuk berpatah balik sudah tiada makna dan sememangnya tidak aku fikirkan.Perutku terasa lapar dan aku hanya membeli seketul burger untuk mengalas perut.Aku berjalan-jalan disekitar chow kit sambil melihat jika ada mana2 tempat yang memerlukan pekerja dan aku tiada banyak pilihan sebenarnya hanya mampu bertanya kedai makan atau stesen minyak namun aku hampa kerana tiada satupun yang memerlukan pekerja.

Setelah keletihan aku bersandar didinding sambil memerhatikan orang yang lalu lalang.Aku terfikir dimana tempat untuk aku tidur malam ini sambil meninjau tempat2 yang sesuai untuk aku berbaring.Sedang aku termenung tiba2 aku disapa oleh seorang pemuda bertanyakan aku menunggu siapa.Aku memberitahunya yang aku datang kesini untuk mencari kerja namun dalam hatiku agak was2 dengan pemuda tersebut kerana dia dengan selamba menghidu gam yang berada ditangannya.Dia bertanya samada aku sudah makan kebelum dan lantas katakan yang aku tiada lagi duit untuk makan.Dia tersenyum sambil mengatakan jangan risau nanti malam ikut dia untuk makan.

Malamnya jam 10 malam dia membawaku kelorong tempat orang berniaga sambil menghulurkan plastik kosong untukku.Aku bertanya untuk apa sambil dia berkata jangan banyak soal kalau nak makan ikut saja.Kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai dan dari pemerhatian aku dia memang sudah biasa kerana dengan selamba dia mengaut apa saja makanan yang dia mahu kerana ketika itu peniaga tidak berkira lagi sebab mereka mahu menutup kedai.Mungkin mereka fikir biarlah dia ambil dari dibuang begitu saja.Aku yang terasa malu hanya sekadar melihat sahaja sambil membawa makanan tersebut.Selesai memilih kami berjalan dikaki lima untuk mencari tempat yang sesuai untuk makan.

Setelah memilih port sesuai kami makan hanya berbekalkan air paip padaku itu sudah cukup memadai diwaktu terdesak begini.Setelah selesai makan dia mengajakku tidur dirumahnya tapi aku menolak kerana aku sebenarnya ragu2 melihat dia sentiasa menjenjeng gam.Aku akhirnya memilih stesen bas disitu untuk tidur.Sebelum tidur aku mengikat kedua-dua tali kasutku bercantum kerana bimbang dicuri sewaktu aku nyenyak tidur manakala beg menjadi bantalku dan jaket jeans yang kubawa menjadi selimutku pada malam itu.

Seawal 6 pagi aku terjaga apabila terdengar ngauman bas mini.Aku lihat disekelilingku telah ramai yang sedang menunggu bas umtuk ketempat kerja lantas aku bingkas bangun serta membuka ikatan tali kasut.Hari ini juga seperti semalam aku merayau mencari kerja namun hampa.Aku termenung kerana duitku hanya berbaki rm5 sahaja.Malamnya aku tidur ditempat yang sama dan pada keesokannya keadaan tetap sama.Namun pada malam ketiga aku disapa oleh pakcik jaga yang bertugas dibangunan tersebut.Kami berbual sambil dia bertanyakan kenapa aku berada disini.Setelah diberitahu dia mengajakku bekerja ditempat kerjanya sebagai jaga tanpa banyak soal aku terus bersetuju.Keesokannya dia membawa aku kepejabatnya dipetaling jaya maka bermulalah kehidupanku sebagai seorang jaga atau "security guard".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...