Isnin, Disember 13, 2010

KEHIDUPAN DI ASRAMA SEKOLAH

Ketika bersekolah aku tinggal diasrama setelah keputusan peperiksaan SRP aku agak baik maka aku memilih aliran sains dimana ditempat aku hanya ada aliran sastera maka aku terpaksa berpindah ke sekolah lain dan dengan itu aku perlu tinggal diasrama yang disediakan.

Ketika diasrama aku yang memahami ayahku memang susah dengan pendapatan yang tidak menentu tidak pernah memaksa dia memberikan duit belanja untuk aku cukup sekadar lepas membayar yuran asrama manakala duit poket terpulang berapa dia nak berikan.Biasanya aku kesekolah hanya sempat merasa membeli makanan sekitar minggu pertama sahaja selebihnya jarang aku kekantin untuk makan kerana wang tiada lagi namun aku tak pernah mengeluh kerana lepas sekolah makanan tengah hari memang disediakan diasrama.

Ketika waktu untuk kait buah kelapa sawit (sebulan 2 kali) aku kerap lari dari asrama kerana susah mendapat kebenaran dari warden asrama akibatnya punggung aku sudah lali dengan bilas rotan namun aku tidak pernah memberitahu ayahku perkara ini.Setiap kali dirotan aku hanya mampu tersenyum kerana aku perlu menahannya demi membantu ayahku yang semakin sakit dan tidak lagi mampu membuat kerja2 berat.Setiap kali dia keladang dia kerap pengsan akibat darah yang byk keluar (penyakit buasir).Pada siapa lagi yang boleh dia harapkan kerana adik-adik ku masih bersekolah rendah apa sangat yang mampu mereka buat.
Tahun kedua iaitu masuk tingkatan 5 aku memilih untuk tidak lagi tinggal diasrama setelah berbincang dengan ayahku.Aku menggunakan motor ayahku untuk berulang alik kesekolah maka seawal 6.30 pagi aku perlu bertolak kesekolah dengan melalui ladang kelapa sawit meskipun keadaannya amat gelap.Aku hanya bertawakal kerana yang amat aku bimbangkan adalah sang belang tapi alhamdulillah tak pernah bertembung dengannya.

Selepas itu aku mengambil sepenuhnya tugas ayahku keladang dari menabur baja,kait buah,pikul buah semuanya aku lakukan selepas balik sekolah atau hari cuti.Bahuku juga sudah lali dengan tusukan duri buah kelapa sawit...namun yang paling memeritkan sewaktu memikul baja.Kami perlu mangambil baja dari atas lori yang seberat 50kg dan dipikul lalu diletakkan atas motosikal masing2.Bayangkan berat aku ketika itu 35 ke 38kg perlu memikul beban 50kg yang berguni2.Memang menyakitkan serta meletihkan namun atas semangat untuk membantu keluargaku semua itu aku ketepikan.

Ketika itu mungkin aku tidak seperti orang lain yang bercita-cita tinggi kerana aku tidak lagi bersemangat untuk kesekolah.Aku bertekad selepas peperiksaan tamat aku ingin merantau biar apapun keputusan peperiksaan ku nanti kerana aku tidak mahu lagi membebankan keluargaku.


                            ~ kenangan bersama rakan sekolah ~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...