Isnin, Disember 13, 2010

AKU SEBAGAI TUKANG CAT

Ketika melepak dibas stand satu hari seorang rakanku bertanya jika aku berminat untuk bekerja sebagai tukang cat.Kawannya sebagai kontraktor mengecat bangunan memerlukan pekerja lantas aku bersetuju setelah diberitahu gajinya sebanyak rm25 sehari.Bagiku gaji sebanyak itu sudah dikira banyak pada waktu itu.

Maka keesokannya bermulalah kehidupanku sebagai tukang cat.Aku diajar cara2 menyapu dan membuat bancuhan cat dan kerja pertamaku adalah mengecat sebuah bangunan setinggi 5 tingkat.Aku juga diajar cara2 memasang dan mencamtumkan "scalf folding" yang bertindak sebagai tapak atau tempat kami berdiri yang disusun bertingkat.Pada awalnya aku terasa gayat juga berdiri diatasnya yang hanya beralaskan sekeping papan apatah lagi jika berdiri ditingkat 5 namun hari kedua aku dah dapat menyesuaikan diri.

Sebulan bekerja aku dan rakan-rakanku berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.Meskipun kerja ini nampak kotor dan pakaian dipenuhi dengan cat namun aku gembira lebih-lebih lagi apabila kita melihat hasil yang memuaskan dimana warna baru yang ditukar berjaya merubah keadaan tempat tersebut dan inilah yang dinamakan kepuasan bekerja.

Melihat ketekunan aku kontraktor tersebut menyerahkan satu projek untuk aku bermakna aku akan dibayar mengikut harga yang telah dipersetujui antara aku dan dia maka kini aku adalah sub kontraktor pada dia.Aku yang merasa amat gembira terus ketapak projek pada keesokan harinya bersama peralatan yang dibawa.Projek itu adalah mengecat sebuah panggung wayang lama.Namun kegembiraanku rupanya tidak bertahan lama..masalah timbul selepas bangunan tersebut disembur dengan air menggunakan 'water jet' bukan hanya cat lama yang tertanggal malahan simen atau dindingnya turut sama tanggal.

Aku mula panik setelah hampir kesemua tempat yang aku tembak menggunakan mesin tersebut telah berlubang.Sebelum ini tak pernah pula aku hadapi masalah seperti ini.Aku pergi berjumpa semula dengan kontraktor tersebut dan dia turut tidak menyangka akan terjadinya masalah sebegitu.Setelah berbincang dia bersetuju untuk membayar mengikut gaji aku seperti biasa dan dia mengambil alih semula projek tersebut.Setelah bersusah payah bersama pekerja lain akhirnya bangunan tersebut berjaya juga kami siapkan namun dengan hasil yang kurang memuaskan.Namun pemiliknya juga faham kerana bangunan tersebut sudah terlalu lama dan telah usang.

Seterusnya kami ditugaskan pula untuk mengecat bangunan jabatan tenaga buruh.Projek tersebut diagihkan bersama kontraktor lain yang mana lokasi kami adalah ditingkat 12 bangunan tersebut.Ini bermakna keseluruhan tingkat tersebut perlu disapu cat termasuk koridor dibahagian luar kecuali didalam pejabat.Dalam masa seminggu kami berjaya menghabiskan bahagian dalam dan kini kami beralih kebahagian luar.Keadaan disini amat mencabar kerana kami hanya berdiri dan berjalan ditempat yang luasnya kira-kira 4 kaki sahaja bersama peralatan mengecat yang lain..jika tersilap langkah maut menanti kami kerana disitu tiada tempat untuk berpaut.Ketika menyembur air menggunakan 'water jet' juga perlu berhti-hati kerana apabila picu mesin tersebut ditarik tekanan air yang kuat akan menolak pemegang dan diri kita kebelakang.Ini bermakna jika tidak berhati-hati kita akan terpelanting dan terus jatuh kebawah.

Setelah kesemua dinding selesai dibersihkan kini tiba giliran mengecat.Sekali lagi proses ini juga mengundang risiko yang amat tinggi.Untuk mengecat dinding disebelah luar kami terpaksa bergayut pada tali...ini bermakna kami akan terapung dan bergayut sambil mengecat.Pada awalnya terasa menggigil juga lebih-lebih lagi apabila melihat kerata dibawah hanya sebesar kotak.Namun masuk hari kedua dan seterusnya perasaan gayat tiada lagi malahan kami semua selamba saja duduk dibirai koridor tersebut sambil kaki terjuntai kebawah.

Satu hari ketika aku termenung sambil berehat dikoridor tersebut aku melihat ramai pemuda berjalan kaki menuju kearah bangunan ini.Dengan pakaian yang penuh dengan cat aku turun ketingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku.Aku bertanya pada seseorang disitu dan dia menerangkan hari itu adalah hari temuduga untuk sebuah kilang elektronik dikuala lumpur.Aku segera melihat syarat-syarat yang ditampal pada dinding dan syaratnya hanyalah perlu ada sijil SPM tetapi perlu mengambil kertas ujian yang disediakan.

Aku berkata dalam hati apa salahnya aku mencuba lantas aku segera berlari keatas untuk membersihkan diri dan menukar baju manakala rambutku yang agak panjang aku anyam sendiri menjadi tocang dan disimpan didalam baju.Setelah itu aku segera berlari turun untuk mendaftarkan diri dan menjalani ujian dimana ujian yang diberi adalah ujian matematik tetapi menggunakan bahasa inggeris.Setelah itu aku dan mereka yang lainnya diterangkan apa bidang tugas jawatan tersebut dan jika lulus kami akan mendapat surat panggilan dari mereka.Ketika itu melihat jumlah mereka yang hadir rasanya hampir 200 orang sedangkan kekosongan hanyalah untuk 10 orang aku merasa kurang yakin tambahan lagi mereka datang bersama fail dan pakaian yang kemas sedangkan aku hanya berlenggang bersama sisa-sisa bau cat serta dipadankan dengan seluar jeans dan kemeja.

Kuala Lumpur seakan melambai agar aku kembali padanya dan rezekiku telah tertulis maka seminggu kemudiannya aku menerima surat tawaran dan diterima bekerja disana.Alhamdulillah syukur ..maka aku segera bersiap untuk kembali meneruskan cabaran hidup dikota metropolitan Kuala Lumpur..namun kenangan di Kuantan tetap tersemat dijiwaku..selamat tinggal Kuantan yang indah dan penuh nostalgia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...