Isnin, Disember 13, 2010

AKU DAN KELUARGA

Aku dilahirkan di Taiping Perak pada 3-1-1971 dan diberi nama AHMAD FAUZI bererti AHMAD=YANG TERPUJI dan FAUZI=KEJAYAAN..dan pada tahun yang sama keluargaku berpindah kePahang maka bermulalah kehidupan kami sebagai peneroka ditanah rancangan Felda bergelar Jengka..

Ketika itu hanya aku dan kakak turut serta bersama emak dan abah..meskipun aku tidak dapat mengingati detik bagaimana kami tiba disana (waktu itu usiaku baru 1 tahun) tetapi dari gambar yang masih ada pastinya yang terbayang hanyalah hutan rimba dikiri kanan dan itulah sebenarnya definasi peneroka iaitu meneroka sesuatu kawasan yang belum ada penghuninya.Kami ditempatkan bersama peneroka lain yang datang dari seluruh pelosok negeri Kedah , Penang , Kelantan ,Terengganu , Melaka dan lain-lain...

Ketika itu kemudahan yang ada amatlah terhad..air diambil dari perigi yang digali sendiri sementara kemudahan elektrik masih belum ada lagi..kami hanya gunakan pelita atau lampu minyak tanah dan lama kelamaan barulah generator diperkenalkan ketika umurku sekitar 4/5 tahun..tiada radio atau tv ..namun hidup kami sentiasa aman ditambah lagi dengan kerjasama dari setiap penghuni/jiran disitu..tidak lama selepas itu barulah ada seorang dua yang mampu membeli radio atau tv..dan jika aku nak menonton tv (masa tu rancangan kegemaranku adalah cerita combat) maka kami akan dikenakan bayaran 5sen untuk satu rancangan tv.

Ketika usiaku 6 tahun aku didaftarkan kesekolah tadika rasa seronok sangat dapat berjumpa kawan2 baru serta dapat mengenali huruf dan ayat.Setahun selepas itu bermulalah seisi persekolahan sebenar.Aku memasuki kelas 1A dan ketika juga aku adalah antara pelajar cemerlang kerap mendapat nombor 1,2 atau 3 kerana ketika itu aku perlu bersaing dengan anak guru besar yang sememangnya pintar.Aku juga aktif dalam sukan dan amat menggemari apa jua aktiviti sukan semua aku nak cuba dan pastinya yang paling aku gemari adalah bolasepak.ketika usiaku 11 tahun (darjah 5) aku telah terpilih untuk mewakili sekolah dan daerah dalam sukan bola sepak, hoki dan sepaktakraw..begitulah serba sedikit kenangan dizaman kanak2 hingga kealam persekolahan.

Untuk menambah duit poket aku kesekolah dengan menjual buah 'Quinin' yang aku pungut dari pokok yang emak aku tanam ditepi rumah.Sebiji aku jual 10sen maka penuhlah beg aku dengan buah quinin bila tiba musimnya.Ramai rakan-rakan sekelas sukakan buah quinin yang aku bawa kerana selain manis isinya lansung tiada ulat.Rahsianya adalah buah quinin ini pantangnya jangan dipetik atau dikait sebelum ianya gugur.Yang aku sering lakukan adalah memanjat pokoknya dan mengoncang dahannya.Jika buah gugur bermakna ianya telah masak (biasanya ia akan gugur sendiri).Tapi selepas adik2 ku besar mereka tak dengar cakap dengan memetik atau mengait buah tersebut dan selepas itu tiap kali berbuah pasti dipenuhi ulat.Akhirnya pokok tersebut telah ditebang oleh ayahku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...