Isnin, Disember 13, 2010

DARI BUDAK MENTAH KINI AKU MENJADI PENCABAR !!!

Jika sebelum ini kemampuan aku dipandang rendah kini ramai yang mula membuka mata dan mereka mula mengajak aku menyertai group mereka.Tahun ini juga bermakna genap 4 tahun aku bekerja disini.
Aku dan group aku mula mengatur strategi dan aku tetapkan sasaran tahun ini kami mahu tempat pertama.Aku mahu pijakkan kaki aku ke negara jepun.Suatu impian dari budak hingusan yang pernah merempat di stesen bas tapi aku akan buktikan impian itu akan menjadi kenyataan walau siapa pun kita.

Aku memilih projek yang agak mencabar dengan sasaran peratus penurunan kerosakan atau "defect material" ke 50%.Pada awalnya agak sukar untuk meyakinkan ahli group aku tapi dengan plan serta kesungguhan yang aku tunjukkan mereka mula yakin dgn aku.Aku bentangkan plan "fish bone" bersama konsep 5w 1H iaitu 'what','where','when','why','who' dan 'how' maka bermulalah tugas kami melengkapkan rangka tulang ikan tersebut.Segala data kami kumpulkan bemula dari sebelum projek ,semasa dan seterusnya selepas projek lengkap.Antara tindakan kami adalah membuat 'implementation method of work' serta 'modification' pada machine.

Jika dulu group kami tiada siapa peduli kini kami mula menjadi perhatian.Ramai yang mula menyelidik dan memerhati gerak geri kami termasuk mereka yang telah berbelas tahun bekerja disini.Aku pastikan segala idea dan plan aku disimpan rapi agar tidak dicuri dan ditiru.Aku mahu buktikan mereka yang tertawakan aku terlopong melihat aku mengengam replika tiket ke Jepun bersama hadiah wang tunai.

Tahun ini juga cabarannya agak sengit dgn hampir 20 group mengambil bahagian.Peringkat saringan kami lepas dengan mudah..kemudiannya memasuki peringkat separuh akhir sekali lagi kami layak ke final bersama dengan 5 lagi group lain (6 group kesemuanya ke final).Ramai yang tidak mengetahui bahawa aku sebenarnya ibarat harimau menyimpan kuku semasa peringkat saringan dan separuh akhir kerana aku yakin kami akan melangkah ke final dan ketika itulah aku akan pamerkan taring aku yg sebenarnya.

Masa yang ditunggu telah tiba..'judgement day' .Jika tahun lepas group kami dianggap 'underdog' hari kami kami tampil sebagai calon 'favourite'.Tiba giliran group aku bersama lagu tema yang aku pilih tetap genre rock iaitu lagu 'HIGHWAY STAR' dari kumpulan deep purple bersama alunan muzik yang menambahkan lagi semangat kami melangkah menuju ke stage ditambah dengan sorakan gemuruh dari para penonton.Aku tahu mereka memang menantikan persembahan aku yang sentiasa tampil dengan kejutan.Kehadiran penonton seramai 2000 org termasuk 1 group jemputan dari japan tidak lagi mengerunkan aku.

Dengan penuh yakin aku membuat ucapan tanpa melihat teks hanya sesekali aku melirik pada tajuk besar agar tidak tersilap.Aku berdiri lagak seorang pengacara berpengalaman memberi segala penerangan mengikut slide yang dipertotonkan diskrin besar oleh ahli kumpulanku yang lain.Result dari projek kami telah melepasi sasaran 50% dimana pencapaian kami adalah 70% mungkin itu membuatkan kami merasa cukup yakin.
Aku masih ingat lagi ucapan provokasi yang sengaja aku tujukan pada kumpulan yang mengangap mereka hebat iaitu "jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" membuatkan para penonton semua bangun bersama tepukan gemuruh..Lebih membanggakan selepas itu nama aku dicalonkan didalam kategori speaker terbaik.Ketika itu perasaan bangga tak dapat aku gambarkan seolah mendapat pengiktirafan yang cukup besar didalam kerjaya aku dan juga diri aku sendiri.

Tibalah masa pemenang diumumkan.Seperti biasa hadiah saguhati diberikan dahulu dan tinggalah tiga group sebagai pemenang tempat pertama ke 2 dan ke 3 termasuk group aku.Masing2 menanti penuh debaran. Tempat ke3 diumumkan aku buat tak endah kerana yakin bukan group aku namun aku mula berdebar menantikan tpt ke 2 diumumkan.Sebaik saja tempat ke 2 diumumkan dan bukan nama group kami disebut...kesemua mata kini tertumpu pada group aku sahlah kini group aku akan diumumkan sebagai JUARAAA..

Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu..syukur kepada ALLAH..terasa sebelah kaki aku telah pun berada di bumi jepun.Aku melangkah penuh bergaya sebagai ketua kumpulan diikuti ahli kumpulanku yang lain menerima piala hadiah tempat pertama bersama replika cek berjumlah rm 1000.Selepas itu nama speaker terbaik diumumkan meskipun bukan namaku namun pencalonan itu sudah cukup baik buatku.
JEPUN...nantikan kehadiranku ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...