Isnin, Disember 13, 2010

DI MASJID RAKANKU HAMPIR DILIWAT

Kisah ke 2 yang terjadi lebih mengejutkan aku dan kawan-kawanku lantas mengubah terus kehidupan kami..
Satu malam seperti biasa kami semua memilih untuk tidur dimasjid dan pada malam itu kami bersembang dengan seorang yang kami gelar pakcik.

Kami melihat dia seperti seorang yang alim dan baik dengan jubah dan serban yang lengkap.Setelah berbual dia meminta diri untuk mengerjakan sembahyang sunat sementara kami dah mula berbaring tiba-tiba aku perasan seorang rakanku tiada bersama kami..aku tercari-cari dimana dia rupanya dia bersama pakcik tu didalam masjid..Kami tak tahu apa yang mereka buat dan kami malas nak ambil tahu sebab masing2 dah mengantuk.Baru saja terlelap tiba2 rakanku tadi kejutkan aku katanya pakcik tu mengajak dia ke rumahnya kejap ada hal sikit katanya dan aku sekadar mengiyakan.Kulihat jam didinding dah pun pukul 1 pagi.

Aku kembali menyambung tidurku tanpa memikirkan apa2.Sekitar jam 3 pagi tiba-tiba aku terdengar jeritan dari rakanku itu.Kami semua terkejut dan terjaga namun masyaallah kami terperanjat melihat keadaan dia ketika itu...dia hanya berseluar pendek tidak berbaju..seliparnya juga hilang entah kemana..kakinya nampak bercalar dan berdarah..belum sempat kami bertanya dia menjerit mengarahkan kami segera balik..kami segera berlari meninggalkan masjid dalam keadaan yang tertanya-tanya..

Sampai di rumahnya dia menceritakan apa yang berlaku yang sungguh kami tak sangka katanya pakcik tu cuba MELIWATNYA didalam ladang kelapa sawit..masyaallah pakcik yg kami sangka baik dan alim bersifat seperti itu..katanya semasa pakcik tu kata nak balik kerumahnya tiba2 dia membelok masuk ke ladang kelapa sawit kononya nak kencing dan masa itu juga pakcik tu arahkan dia buka baju dan seluar..dia bertanya kenapa tapi pakcik tu berkata jangan byk soal buka je dan dia yang dlm ketakutan terpaksa membuka juga baju dan kainnya yang tinggal hanyalah seluar pendek sementara pakcik tu membuka jubahnya ketika itulah dia segera lari dalam gelap gelita sampai dah tak peduli lagi pada duri pelepah kelapa sawit yang dia fikirkan hanyalah untuk selamatkan diri..

Selepas peristiwa itu kami tidak lagi kemasjid dan kesannya pada fikiran kami yang masih lagi budak-budak cukup mendalam..kami tidak lagi percaya pada mereka yang nampak alim dan berserban seperti yang selama ini kami fikirkan baik serta perlu dihormati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...