Isnin, Disember 13, 2010

AKU SEBAGAI JAGA

Aku bersyukur kerana diterima bekerja walaupun hanya sebagai jaga namun itu sudah cukup baik daripada aku terus merempat atau melakukan perkara yang tidak baik demi untuk mendapatkan sesuap nasi.
Bersama rakan setugas yang lain kami ditempatkan diasrama yang disediakan iaitu rumah teres 2 tingkat.

Aku bersama 2 rakan setugas ditempatkan didalam 1 bilik walaupun usia mereka lebih dewasa dariku tapi aku tidak merasa kekok untuk bergaul kerana ketika dikampung pun aku dah biasa bergaul dengan mereka yang lebih dewasa dariku.Kami bertiga ditugaskan untuk menjaga pusat kraftangan berhampiran jln bukit bintang.waktu makan ada petugas akan menghantar makanan pada kami dimana gaji kami akan dipotong waktu dapat gaji nanti.

Antara kedua rakan setugasku itu (namanya dah lupa)aku sedikit pelik melihat sikap seorang daripada mereka.Dia agak pendiam serta serius hanya sesekali dia bergurau tapi pakaiannya memang kemas dan bergaya.Setiap malam dia akan menghilangkan diri dan aku tidak pernah bertanya kemana dia pergi.Dia juga kulihat agak mewah dan sentiasa berduit.Satu hari aku lihat dia termenung seolah-olah ada masalah besar namun aku tak berani bertanya tapi mungkin dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya maka dia menegurku untuk diajak berbual.Ketika itu dia banyak bertanya tentang diriku namun dengan nada seakan ingin menasihatiku agar berhati2 hidup dikota ini.Akhirnya dia meluahkan supaya jgn mengikut jejak langkahnya lantas menerangkan kehidupannya yang sebenar.

Dia menerangkan sebenarnya disamping bekerja sebagai jaga dia juga membuat kerja part time sebagai GIGOLO.Aku bertanya gigolo tu apa lantas dia menerangkan gigolo adalah lelaki yang memberi khidmat seks pada perempuan dan mereka akan dibayar mengikut kadar bayaran tertentu yang telah dipersetujui.Katanya dia pernah mendapat rm2000 untuk satu malam.Aku hanya mendengar segala cerita darinya sebab perkara ini amat asing bagiku..tak tau pulak ada servis mcm tu.Kemudian dia bangun sambil menanggalkan seluar jeans yang tinggal hanya seluar dalamnya yang bewarna putih namun aku lihat ada tompok kuning dibahagian kemaluannya.Dia berkata inilah masalah yang dia hadapi sekarang ini.

Kemaluannya telah dijangkiti penyakit lantas dia membuka seluar dalamnya dan aku terkejut melihat dibahagian pangkal kemaluannya telah berlubang dan bernanah.Katanya dia tidak dapat lagi memberi khidmat kerana dia perlu pergi berubat sebelum terlambat dan dia menasihatiku jangan mengikut jejak langkahnya itu.Menurutnya penyakit itu belum pasti dapat disembuhkan dan seandainya tidak sembuh hidupnya sudah tidak bermakna lagi.Seminggu selepas itu dia terus menghilangkan diri dan tidak kelihatan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...