Isnin, Disember 13, 2010

MULA KERJA IKUT SHIFT

Aku ditempatkan dalam shift A dan dibawahku terdapat lebih kurang 45 orang operator termasuk 3 orang line leader.Sementara aku berdua bersama rakanku sebagai maintenance yg juga bertindak sebagai ketua kepada mereka terutamanya ketika shif malam kerana ketika ini tiada supervisor.

Aku akui aku seorang yang amat tegas dan serius ketika bekerja.Aku akan pastikan segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak syarikat diikuti oleh mereka semua seperti mrk tidak dibenarkan membawa air masuk kedalam production line,memakai cap dan memakai kasut.Berbanding dgn shif lain mereka agak bebas terutamanya ketika shif malam dgn memakai selipar, hanya bertudung dan tidak memakai cap serta membawa minuman masuk.Namun disebalik ketegasanku itu aku masih memberi kelonggaran pada mrk seperti membenarkan mrk memakai apa saja kasut asalkan berkasut berbanding dgn peraturan mesti memakai kasut putih.Minuman juga dibenarkan dibawa masuk tapi hanya air kosong.

Lama kelamaan aku gembira kerana mrk mula memahami cara aku dan aku juga memahami diri mereka.Ada masanya aku juga bergurau dgn mereka serta mendengar keluhan mereka baik dari segi kerja mahupun hal2 peribadi.Namun aku sedar operator shif lain tidak menyukai aku mungkin kerana wajahku agak serius dan bengis.Setiap kali jika ada rakan2 yang mengajak untuk menukar shif memang aku perasan tentang hal itu namun aku tidak ambil peduli semua itu kerana sememangnya aku tidak mampu untuk menyenangi hati semua orang tambahan lagi aku bersama mrk hanya sekali dua sahaja pastinya agak sukar untuk menjalin kemesraan.

Dari awal aku melatih operator aku dgn cara yg agak berbeza berbanding dgn shif lain.JIka shif lain aku melihat sewaktu meeting (sblm memulakan kerja) line leader akan terpekik2 dan memaki hamun operator mrk. namun untuk shif aku, aku gunakan pendekatan yg berbeza.Aku berpesan pada setiap line leader agar tidak mengamalkan cara itu kerana pada aku cara itu akan melemahkan semangat operator yg baru saja hendak memulakan tugas.Sesekali masa meeting aku akan mencelah dan kebiasaanya jika aku bersuara pasti disusuli dgn kritikan yang amat tajam meskipun dgn nada yang lembut.Aku juga melarang mrk berdiri sambil memeluk tubuh kerana padaku itu adalah gaya org yg tidak berpuas hati bukan untuk berbincang.Lama kelamaan aku lihat hubungan sesama mereka juga semakin mesra bahkan dgn line leader juga kelihatan mesra namun aku akan pastikan kemesraan mrk jgn sampai tidak menghormati leader mereka sendiri.

Kerana itu juga jika setiap kali aku menukar shif mereka akan mengeluh kerana mereka sememangnya serasi dgn aku.Itulah bezanya antara shif aku dgn shif lain.Aku juga akan pastikan yang aku turut mengikut segala peraturan syarikat lengkap beruniform dan berkasut.Aku tidak mahu digelar seperti ketam mengajar anaknya berjalan dan dgn cara itu juga mereka tidak dapat pertikaikan aku serta lebih menghormati aku sebagai ketua mereka.Kata orang sekarang "muka nampak garang tapi dalam hati ada taman" hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...