Isnin, Disember 13, 2010

KEMBALI MERANTAU

Setelah mendapat gaji aku kembali semula kekampung untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM .Padaku walau apa jua keputusan yang aku perolehi aku tidak lagi berminat untuk sambung belajar.Keputusan peperiksaanku agak sederhana namun aku masih layak untuk ke tingkatan 6 namun aku memang tidak berminat lagi untuk belajar.

Aku kembali menuju ke KL tapi kali ini bersama 4 orang lagi rakanku. Tiba disana kami berkongsi duit untuk membayar rumah sewa setelah puas mencari dapatlah kami sewa sebuah rumah setinggan disebuah tempat yang dinamakan kampung lanun..macamana kg tu digelar kg lanun tak tahulah (khabarnya rosyam nor dulupun tinggal kat kg ni).Keesokannya kami mula keluar mencari kerja dgn berbekalkan sijil yg ada namun rupanya amat sukar..setiap kilang pergi semuanya tidak perlukan pekerja.Hari ke2 kami berjalan lagi disekitar kawasan itu namun tetap hampa.kami mula risau kerana wang saku kian menyusut.Selama seminggu kami merayau mencari kerja namun hampa dan masing-masing pun telah kehabisan duit.Kami termenung dan ada yang mencadangkan agar kami minta kerja sebagai jaga tapi aku tidak setuju padaku itu adalah pilihan terakhir kerana lebih sesuai untuk org yang lebih berusia.

Setelah penat mencari akhirnya kami diterima bekerja disebuah kilang membuat kotak.Kami pergi bekerja disaat wang saku hanya tinggal beberapa ringgit saja lagi dan kami terpaksa berjimat cermat hanya makan menggunakan tukaran kupon yang pihak kilang sediakan maka dapatlah kupon itu kami tukarkan dengan seketul roti dan segelas air.Lebih memeritkan apabila barang dirumah juga semakin menyusut hinggakan aku terpaksa memberus gigi menggunakan sabun mandi kerana kehabisan ubat gigi.Hari ke 3 bekerja aku mendengar khabar rakanku telah pengsan sewaktu berjalan kaki untuk pulang ke rumah akibat tak cukup tenaga lagi.
Setelah seminggu bekerja rakanku tidak tahan lagi menempuhi semua ini dan mereka berpakat untuk pulang semula kekampung.Setelah mendapat gaji selama seminggu bekerja mereka pulang kekampung tinggallah aku dan seorang lagi rakanku yang masih enggan mengalah.Kami kembali merayau mencari kerja dan terpaksa keluar dari rumah kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah.sekali lagi episod tidur dibus stand berulang cuma bezanya kali ini aku berdua.Namun kali ini bus stand yang ada agak gelap maka terpaksalah kami berdua tidur bergilir dimana jika dia tidur aku akan berjaga sambil mengibas nyamuk dan begitulah semasa aku tidur dia pula akan tolong kibaskan.

Keesokannya kami kembali merayau mencari kerja namun amat sukar sekali untuk mendapat kerja.Ketika termenung sambil makan roti canai kami berbual dengan seorang pemuda yang membahasakan dirinya sebagai adik dan umornya sememangnya muda dari kami.Dia berasal dari sini dan menetap dengan keluarganya di kg lanun ni.Setelah mengetahui yang kami tiada tempat untuk berteduh dia mengajak kami tinggal dirumahnya tapi hanya dibawah rumah kerana hanya itu sajalah tempat kosong.Kami lantas bersetuju sekurang-kurangnya dapatlah kami berteduh.Tiba dirumahnya masyaallah tempat yg dia tunjukkan gelap gelita dan tiada lampu bermakna siang atau malam keadaannya sama saja ..gelap gelita.Aku berdua tidak peduli malah amat berterima kasih pada adik kerana sudi menolong kami maka dapatlah kami letakkan beg pakaian serta mandi meskipun pili airnya terletak diluar.

Atas pertolongannya juga aku diajak bekerja di restoran cina.Tauke tersebut datang mengambil aku dgn menaiki motosikal dengan upah sehari rm8 yang dibayar selepas habis waktu bekerja.Dengan wang rm8 itulah aku berkongsi makan dengan rakanku yg ketika itu masih blm mendapat kerja..namun aku hanya mampu bertahan selama 3 hari saja..kerana tekakku tidak tertahan lagi bila disuruh mop lantai dan mencuci pinggan mangkuk..lebih meloyakan bila aku diarahkan mencuci straw yang telah digunakan dan dikeringkan kemudiannya digunakan semula..Akhirnya kami berdua hanya mampu bertahan selama seminggu sebelum mengambil keputusan pulang semula ke kampung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...