Isnin, Disember 13, 2010

KUALA LUMPUR - AKU KEMBALI MENYAHUT CABARANMU

Setibanya aku disini aku dibawa keasrama yang disediakan.Tempatnya agak selesa iaitu sebuah rumah teres dua tingkat bersama 5 bilik.Aku ditempatkan disebuah bilik bersama seorang rakan melayu dan seorang berbangsa india.Kebanyakan penghuni nya adalah mereka yang berasal dari timur iaitu kelantan trengganu atau pahang maka mudah bagiku untuk menyesuaikan diri dengan mereka.

Keesokannya awal-awal pagi aku bergegas ke kilang tersebut.Kami semua berjalan kaki untuk ke tempat kerja yang jaraknya kira-kira 3km dari asrama.Tiba di kilang kami diberi sedikit taklimat dan kami menandatangani 'offer letter' beserta gaji permulaan yang ditawarkan sebanyak rm420.00 dan jawatan aku adalah sebagai 'maintenance'.Aku tak kisah walau gaji sebanyak itu kerana yang penting aku mendapat kerja yang boleh menjamin masa depanku.Syarikat ini adalah syarikat jepun yang terletak di Sg.Way Petaling Jaya.Aku kemudian dibawa ke tempat aku akan bertugas.Aku terkejut bila melihat semua operator yang mengendalikan mesin adalah perempuan sementara lelaki hanya sebagai maintenance atau technician.Aku merasa amat kekok dan segan kerana aku tidak pernah bekerja dengan perempuan yang sebegini ramai.

Ketua atau supervisor disitu menerangkan berkenaan 'work flow' atau perjalanan proses bermula dari penyediaan 'raw material' atau bahan mentah hinggalah ke proses testing dan seterusnya delivery.Aku tertanya-tanya dalam hati dapat ke aku repair mesin-mesin ni semua??..yang aku tahu repair motor ayah aku pernahlah aku buat tu pun kadang-kadang makin jahanam..Mengikut kiraanku terdapat lebih 100 buah mesin dan ada antaranya berjalan secara automatik..gerun juga aku tengok mesin-mesin tu bergerak.Hari pertama tak ada apa yang dapat aku buat..hanya ternganga melihat mesin dan masa selebihnya aku hanya melihat operator membuat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...