Isnin, Disember 13, 2010

KENANGAN LAIN KETIKA AKU MASIH DI KUANTAN

Antara kenangan yang tidak aku lupakan adalah sewaktu aku dikepung oleh 4 ekor anjing yang garang.Kejadian berlaku ketika aku melintasi perumahan cina dan india kononya untuk mengikut jalan short cut.
Ketika aku melintas tiba-tiba 4 ekor anjing meluru kearahku..sambil menyalak anjing2 tersebut mengelilingi aku depan belakang kiri dan kanan.Aku mematikan diri kerana aku tahu jika aku cuba lari pasti aku akan digigit.Anjing yang setinggi peha aku menyalak dgn kuat sambil menjelirkan lidah sementara ekornya sudahpun tegak yg bermakna mrk dalam keadaan bersedia untuk menyerang.

Aku menjeling pada rumah2 ditepi dan kanan dgn harapan agar tuan anjing tersebut segera memanggil anjing2 mrk tapi mrk semua menutup pintu dgn rapat dan ada antaranya hanya mngintai melalui celah tingkap.. mungkin mereka menganggap aku pencuri atau org jahat.Otakku ligat berfikir mencari jalan untuk melepaskan diri dan akhirnya aku memberanikan diri untuk merendahkan diri dgn perlahan-lahan ..ketika itu wajahku amat hampir dengan taring anjing tersebut dan disaat tanganku mencecah bumi aku lihat kesemua anjing2 tersebut berundur..tanpa berlengah lagi aku baling pasir yang ada pada anjing2 tersebut lalu mrk semua berundur lebih jauh..aku mengengam pasir sambil bangun dan melihat anjing tersebut cuba rapat aku buat2 bongkokkan diri..maka akhirnya dengan perlahan2 dapatlah aku melepaskan diri..

Peristiwa lainnya adalah semasa aku balik dari kerja.Ketika itu jam sekitar 6 petang dari jauh aku melihat ada kemalangan yang baru saja berlaku.Aku lihat telah ramai orang berkumpul untuk melihat mangsa.Bila aku merapati kekereta tersebut aku lihat seorang pemuda dalam keadaan cedera parah dimana dia tersepit pada stering dan dashboard.Melihat keadaannya tak mungkin kami dapat berbuat apa-apa.

Sebentar kemudian ambulan serta bomba sampai.Pihak ambulan memberi bantuan oxygen pada mangsa sementara aku lihat pihak bomba berbincang sesama mereka.Mungkin mereka tiada pilihan dan untuk menyelamatkan nyawa mangsa akhirnya aku lihat pihak bomba menggunakan gergaji elektrik untuk memotong beberapa bahagian kereta namun belum cukup untuk menarik mangsa keluar.Akhirnya kami semua melihat dengan jelas pihak bomba memotong kaki mangsa.Aku yang berdiri berhampiran dapat melihat dengan jelas darah memercik disaat kedua-dua kaki mangsa dipotong dan dalam keadaan dia tidak bermaya lagi mungkin itulah jalan terakhir untuk selamatkan dia..amat mengerikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...