Isnin, Disember 13, 2010

CABARAN DI KUANTAN

Meskipun merasai keperitan sebelum ini aku tetap enggan mengalah dan aku tidak akan sesekali pulang dan tinggal dikampung.Kadangkala aku termenung memikirkan masa depanku namun aku yakin jika orang lain boleh berjaya aku juga boleh berjaya cuma belum pasti kemana arah haluanku.Biar apapun aku yakin seandainya aku berusaha suatu hari nanti pasti ada jalan untukku.

Ketika tiba di Kuantan aku agak bernasib baik bila rakanku sudi menumpangkan aku dirumahnya.Sekali lagi aku merayau mencari kerja namun Kuantan tidaklah sesibuk KL pada waktu itu.Disini berbagai kerja aku lakukan antaranya sebagai pelayan diKFC namun aku hanya bertahan selama seminggu kerana ternyata kerja itu tidak sesuai buatku.Pada awalnya terasa bangga juga bila menyarungkan uniform KFC namun hakikatnya kerjanya memenatkan serta membosankan.Setiap hari rutin kerja adalah sama sejam sekali perlu mop tandas dan direkodkan,mengambil tempahan pelanggan meja ke meja dan pada waktu balik perlu kemaskan kerusi,mop lantai serta mengelap tingkap.Waktu rehat pula makanan yang diberi hanya dua pilihan burger dan air atau seketul ayam dan air.Waktu balik meskipun ayam masih byk namun ianya tidak diberi percuma jika mahu harga dikira separuh harga ..kedekut betul kataku padahal ayam tu bukan boleh simpan pun sudahnya dibuang begitu saja.Kerana sakit hati aku lihat semua staff mmg tak beli mrk lebih rela pergi makan roti canai dikedai mamak.Selepas seminggu aku berhenti dan kembali mencari kerja.

Kemudian rakanku menawarkan kerja sebagai kelindan lori dengan gaji rm12 satu hari.Aku lantas bersetuju tak kisahla kerja apapun asalkan ada gaji.Sekali lagi aku tewas hanya mampu bertahan selama 3 hari saja.Sebagai kelindan lori yang menghantar biskut yg didalam tin tu seberat kira-kira 10kg kerjanya cukup memenatkan.Seawal 7.30pagi aku dah mula bertugas bersama dua org lagi berbangsa cina seorang driver dan seorg lagi kelindan sepertiku.Ketika memasukkan brg didalam lori aku akan berdiri ditengah antara kedua mereka seorang akan campakkan tin biskut dan aku menyambutnya seterusnya aku lontarkan pula pada rakan yg diatas lori untuk menyusun tin tersebut.Setelah penuh kami bergerak ke Trengganu untuk menghantar barang mengikut tempahan dari pelanggan.

Hari pertama sahaja cukup meletihkan bila tiba kekedai tersebut aku dapati tempat menyimpan barang adalah ditingkat satu dan seperti yang telah kuduga posisi aku pastinya ditengah-tengah sewaktu melontar tin tersebut.Seorang berdiri diatas lori dan campakkan tin biskut tersebut pada aku manakala seorang lagi berdiri ditingkap untuk menyambut balinganku.Aku terasa seperti dibuli bila setiap kali aku lontarkan tin tersebut keatas dan sewaktu aku berpusing semula tin biskut dari atas lori yang dilontarkan padaku telah pun sampai jika aku sedikit terlambat tin yang seberat 10kg akan menimpa tubuhku.Dalam keadaan yang tercungap-cungap selesai juga kerjaku.Kami tiba ke Kuantan lewat malam sekitar jam 9 malam bermakna aku bekerja dari 7.30pagi hingga 9malam dengan upah rm12 beserta kerja yang amat menyiksakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...