Isnin, Disember 13, 2010

KENDERAAN PERTAMA YANG AKU BELI

Aku dan isteri berulang alik pergi bekerja dengan hanya menaiki teksi setiap hari.Hasrat untuk memiliki kenderaan sendiri terpaksa dipendam kerana dengan gaji aku ketika itu memang tak mampu nak bayar pun duit muka jangankan kata kereta motor pun tak mampu.

Dalam masa yang sama kepala aku ligat berfikir bagaimana cara aku nak beli kalau tak dapat kereta ..motor pun jadilah.Memang Allah sayangkan aku satu hari sebuah syarikat koperasi datang ketempat aku bekerja dan menawarkan ansuran motor tanpa perlu membayar muka hanya ditolak gaji setiap bulan.Aku tanpa berfikir panjang terus mengambil peluang.Maka dapatlah aku sebuah motor jenama suzuki RG Sports.

Dengan motor itulah aku gunakan kemana sahaja termasuk balik kampung.Kadang2 aku turut mengikut rakan2 pergi berkonvoi.Pengalaman berkonvoi juga menarik yang mana kami semua perlu mengikut arahan "Marshall" yang bertindak sebagai ketua.Kami juga dilarang sama sekali memotong barisan sepanjang berkonvoi...tapi dah adat darah muda masa pergi semua berdisiplin bila balik pantang diacah..apalagi masing2 mula tunjuk power motor masing2 sudahnya dengan marshall pun sama ikut sekali merempit...

Cerita pasal motor ni kemalangan paling teruk hanyalah sewaktu bersekolah dulu.Ketika menunggang diwaktu malam selepas habis tengok konsert kumpulan "Wings dan May" dua kumpulan yang aku minati.Meskipun motor tak berlampu aku yang berdua dengan rakanku tetap juga nak pergi.Dalam perjalanan balik sekitar jam 11malam aku mengekori kereta yang berada didepanku kerana motor aku tak berlampu.Lama kelamaan kereta tersebut semakin laju manakala motor honda cup ayahku telah max aku pulas throtlle nya.

Ketika melalui selekoh kereta tersebut telah hilang dan tiba-tiba aku rasa seperti aku sedang terbang.Agak jauh juga aku terseret di jalan raya..ketika aku bangun aku melihat seekor lembu sedang tergolek di hadapanku...terkial-kial lembu tu bangun.Rupanya aku dah rempuh sekawan lembu yang lepak ditengah jalan..Kulit lenganku terkoyak hingga ke siku manakala di bawah siku turut berlubang selain itu lutut dan bahu aku juga luka..Selepas sembuh setiap hari aku sapu bekas luka dengan kulit pisang emas lama kelamaan hanya nampak sikit saja kesan luka di lenganku itu..

Setelah memiliki motor maka teringin pulak nak beli kereta.Sekali lagi masalah tetap sama duit tak cukup nak bayar muka dan sekali lagi otakku ligat berfikir macam mana cara aku nak beli.Sekali lagi ingin aku katakan Allah memang sayangkan aku.Suatu hari ketika duit hanya ada rm50 aku berjalan-jalan melihat kereta di 'sunday car sale'.Sebenarnya kerap juga aku kesana sekadar melihat dan meninjau kereta2 berbagai jenis yang mereka jual.Sedang aku meninjau aku agak tertarik pada sebuah kereta lalu aku bertanya pada tuannya berapa harga kereta tersebut..saja je tanya walau tahu tak ada duit dalam poket.

Aku terkejut bila tuan kereta tu kata "awak bayar je duit booking rm50..lepas tu saya arrange full loan"..aku apalagi dalam poket hanya ada rm50  terus je bayar tanda setuju.Seminggu selepas itu dapatlah aku dan isteri bergaya dengan kereta walau bukan baru tetapi cukup bermakna buat kami.Jika sebelum ini kami balik kampung naik motor kini dapatlah kami naik kereta pula.Sedikit demi sedikit aku makeup kereta aku hinggalah dari warnanya yang kusam (kelabu) bertukar menjadi seperti di dalam gambar diatas.Ruang dalamannya juga aku ubahsuai manakala bahagian luar aku tambah skirting hingga lansung berubah dari wajah asal hingga ramai yang bertanya apa model keretaku itu..(dah lama aku jual dan motor pula digunakan oleh mertuaku dikampung)

Walau apapun yang mampu aku katakan syukur alhamdulillah..teringat pula kata seorang cina tauke kedai sewaktu aku kekedainya dulu "waa..lu punya muka memang ada ong wooo!!!" tapi aku hanya tersenyum kerana aku anggap itu hanya gurauan...tapi selepas itu ada beberapa peristiwa berlaku membuatkan aku terfikir "betul ke muka ni ada ong ??"..nantikan episod seterusnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...