Isnin, Disember 13, 2010

AKU BERJAYA TERBANG

Masuk tahun ke-2 aku dipilih oleh rakan sekerja untuk menyertai group mereka didalam QCC (quality control circle).Malangnya aku hanya sekadar pelengkap kumpulan mereka.Segala idea dan pendapatku mereka tidak terima.Semasa membuat presentation aku diarahkan menjadi speaker.Aku yang sememangnya pemalu dan tidak biasa berucap hanya membaca sahaja teks ucapan dan dapat didengari dgn jelas suara aku menggigil.

Masuk tahun ke-3 aku membentuk group aku sendiri dimana aku menjadi ketua kumpulan.Segala idea aku curahkan dan aku katakan pada group aku sasaran tahun ini adalah tempat ke 3 memandangkan group kami baru ditubuhkan dan tiada pengalaman.Hadiah pertandingan ini adalah tempat pertama melancong ke jepun selama seminggu ke 2 ke hongkong selama 3 hari dan ke 3 ke sarawak dan singapura (2 hari).Ketika ini tiada siapa yang memandang pada group kami malah memperlekehkan kemampuan aku ..tak apa aku anggap itu sebagai cabaran.Kami mencuba sebaik mungkin dan alhamdulillah group kami mara keperingkat separuh akhir seterusnya melangkah ke final.

Tibalah hari persembahan final.Hampir 2 ribu orang menyaksikan 6 group termasuk group aku membuat presentation.Untuk tidak menghampakan ahli group aku yg lain aku berlatih membuat ucapan agar tidak gugup semasa berucap nanti.Satu persatu persembahan aku saksikan dari group lain dan tibalah saat group aku membuat persembahan.Bila muzik "HOLY DIVER" nyanyian kumpulan rock DIO iaitu lagu tema group kami berkumandang kami melangkah dgn penuh yakin ke pentas.Aku yang bertindak sebagai speaker memberi ucapan dengan lantang dan jelas.Jika dulu aku hanya memandang kertas ucapan kali ini aku tampil dengan memandang para audian sambil memberi ucapan.Segala gerak kerja kami dibentang satu persatu bersama data dan pencapaian keseluruhannya.

Tidak aku sangka persembahan kami mendapat tepukan gemuruh dan kami melangkah turun dengan puas.Setelah semua group habis membuat presentation kini tibalah masa pemenang diumum.Dimulakan dengan hadiah saguhati pada yang tewas kini hanya tinggal 3 group yg tidak disebut dan salah satunya adalah group aku.Seperti diduga memang tepat group aku diumumkan mendapat tpt ke3 maka tercapailah sasaran aku.Ini bermakna kami akan terbang ke sarawak dan singapura.      
                          
Tibalah hari untuk kami terbang.Buat pertama kali dalam hidup aku kaki aku memijak lantai kapal terbang dengan rasa terharu.Selama ini aku hanya melihat kapal terbang ..hari ini aku telah pun berada didalam pesawat..alhamdulillah..aku memilih tempat ditepi tingkap untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan.Pertama kali aku melihat awan secara dekat..ooohh seperti kabus rupanya..

Hari pertama disarawak kami dibawa ketempat2 menarik antara yang aku ingat adalah rumah budaya sarawak,tempat membuat pasu dan pasar..di pasar aku mencuba makanan yang tidak ada disemenanjung dan agak popular disini seperti mee kolok..laksa (mee kari rupanya)serta aku membeli nenas sarikei yg memang istimewa kerana kelihatan muda tapi isinya sungguh manis (seakan ada madu didalamnya)

Petang itu pula kami berangkat ke singapura bermakna kali ke2 aku menaiki pesawat.Setelah check in di hotel aku bersama rakan2 berjalan2 sekitar bandar singapura.Keesokannya kami dibawa dengan bas pelancong ketempat2 yang menarik antaranya sentosa island namun tidak banyak yang aku beli disini kerana harga barang memang mahal dan barangnya juga boleh didapati disemenanjung.Yang aku ingat aku hanya belikan sebuah jam tangan untuk dibuat kenangan.Aku semakin bersemangat dan sasaran aku seterusnya untuk melangkah kaki ke jepun..mampukah aku?? nantikan episod seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...