Isnin, Disember 13, 2010

KISAH DI MASJID

Ketika bersekolah aku amat patuh pada suruhan tuhan..sembahyang 5 waktu tidak pernah kuabaikan jika tertinggal terutamanya sembahyang subuh aku akan sembahyang ganti sekiranya waktu telah tamat..aku bersama teman2 kerap berjalan kaki untuk kemasjid dan kami juga kerap bermalam dimasjid ketika cuti sekolah disitulah kami mengenali kehidupan jemaah tabligh yang selama ini aku tertanya-tanya bagaimana kehidupan mereka..aku perhatikan sememangnya mereka amat taat pad suruhan tuhan dari segi amal ibadat namun disuatu sudut aku perhatikan kdg kala mereka abaikan soal kebersihan terutama pakaian mereka kerana ada yang berbau hapak..ketika makan kami akan makan beramai-ramai dalam satu dulang mengikut sunah rasulullah kata mereka..

Ketika usiaku 13 tahun (tingkatan satu)berlaku peristiwa yang aku dan kawan-kawanku tidak sangka..diantara kami seorang kawanku itu bakal mengambil peperiksaan SRP pada tahun tersebut dan kulihat dia sering mengulangkaji dimasjid sambil tekun berdoa dan bersembahyang namun takdir menentukan dia telah gagal dalam peperiksaan tersebut..lantaran terlalu kecewa mungkin dia berasakan yang dia telah berusaha dan memohon doa dari ALLAH kami sedih melihat dia akhirnya menjadi gila..aku beranggapan dia seolah-olah menyalahkan ALLAH setelah dia gagal seolah-olah ALLAH itu tidak berlaku adil pada dirinya...hingga kini setelah 20tahun berlalu keadaannya tetap sama..semoga ALLAH dapat menyembuhkan dirinya dan hanya ALLAH jua yang tahu isi hatinya..

Kesan dari peristiwa tersebut guru yang mengajar kami mengaji pula dituduh mengajar kami ajaran sesat ..masyaallah  lantas dia dipulau oleh penduduk kampung.Aku kemudiannya ditanya oleh kedua ibubapaku apa kah benar tuduhan tersebut dan aku lantas menafikan dengan mengatakan dia tak pernah mengajar kami perkara yang tidak baik atau bercanggah dengan agama..itu semua hanyalah fitnah.
Kerana kecewa dengan tuduhan tersebut dia beralah dengan membawa dirinya serta anaknya pulang ke kampung yang tinggal hanyalah anaknya yang sebaya denganku untuk menguruskan ladangnya..semoga guruku diberkati dunia dan akhirat..aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...