Isnin, Disember 13, 2010

JODOH AKU DI SINI

Setelah 3 tahun bekerja disini seperti lelaki lain yang normal maka aku dipertemukan dengan seorang insan bergelar wanita yang sama bekerja denganku dan kami jatuh cinta.Setahun bercinta entah kenapa aku bagai ditarik untuk segera mendirikan rumahtangga.Ketika itu usiaku masih muda baru 23 tahun.

Pada ketika itu aku terfikir macam mana aku nak kahwin kerana aku sememangnya langsung tidak ada wang simpanan.Sekali lagi aku mencari idea macam mana nak dapatkan duit untuk dibuat wang hantaran.Seperti ditunjukkan jalan tiba2 rakanku mengajak bermain 'kutu' (collection setiap bulan)dengan bayaran 100 sebulan.Untuk dapatkan rm3000 aku main guna 3 nama (maknanya aku kena bayar 300 sebulan).

Setelah hal itu selesai aku balik ke kampung untuk memberitahu keluargaku.Sekali lagi aku diuji bila keluargaku tidak setuju dengan pilihanku.Mereka tidak setuju kerana gadis itu berasal dari negeri sembilan (kata mereka nanti kena ikut adat pepatih) dan yang keduanya kerana aku tak ada duit (sebab utama).Aku katakan jangan bimbang soal duit aku akan uruskan tanpa menyusahkan mereka.Meskipun mereka tidak setuju dengan pilihan aku namun aku tetap dengan pendirianku.Aku katakan aku tak akan susahkan mereka dan biar aku yang uruskan segalanya.

Pulang ke KL aku memulakan langkah dengan membeli 2 bentuk cincin satu cincin biasa yang nipis dan satu lagi  agak tebal sedikit.Dengan menaiki teksi aku menuju kerumah ibubapa teman wanita aku dan bila tiba kerumahnya kedua ibubapanya telah sedia menunggu aku (mereka telah diberitahu yang aku nak datang tapi mereka tak tahu untuk tujuan apa).Tiba disana aku disambut dengan baik dan ramah.Selepas perkenalkan diri  aku menerangkan tujuan aku datang ke situ.Mereka terkejut bila aku katakan yang aku datang bukan hanya untuk merisik anak mereka tapi untuk meminang sekali sambil menunjukkan cincin yang aku bawa (bila diingat rasa kelakar la pulak..ada ke aku yang pergi meminang anak orang)

Mereka lantas tidak bersetuju kerana menurut mereka sepatutnya lebih baik kedua ibubapaku yang datang.Aku terangkan pada mereka yang kedua ibubapaku orang susah dan agak sukar untuk datang kesini tambah pulak ketika itu pendapatan ayahku sebagai peneroka memang sikit (ada kalanya sebulan hanya dapat rm100 ).Aku katakan juga jika mereka nak datang bermakna 3 kali mereka perlu berulang alik ke sini iaitu sekali untuk merisik ke 2 bertunang dan ke 3 berkahwin pastinya perlukan belanja yang banyak.Setelah berbincang aku berikan cadangan agar keluargaku hanya datang sekali untuk merisik dan bertunang dan sekali lagi ketika majlis kahwin lantas mereka pun setuju.

Hari pertunangan berjalan dengan lancar tapi tanpa kehadiran ibuku.Tak mengapalah kataku selepas dia memberikan alasan kereta dah penuh.Hantaran kahwin ketika itu hanyalah 3 ribu serba satu. Setelah majlis selesai aku dan tunangku berpakat yang aku belikan hadiah untuk bahagian aku dan dia belikan bahagian dia selepas itu kami tukar sebagai hantaran masing2.Selama bertunang itu juga aku banyak berterus terang dengan dia perihal hidup aku dan rakan2 aku.Aku membawa dia ke Chow Kit untuk bertemu dengan rakanku disana.Aku perkenalkan dia pada rakanku yang menghisap dadah dan rakanku juga tunjukkan padanya cara dia menyuntik dadah kelengannya.Tujuanku agar selepas berkahwin nanti jika ada sesiapa bercerita tentang diriku berkenaan hal ini dia sudah sedia maklum yang aku hanya berkawan dengan mereka tetapi aku bukanlah seorang penagih.Padaku walau siapa pun mereka kawan tetap kawan hanya haluan kami saja berbeza.Begitu juga dengan rakanku yang lain walau baik atau buruk dan ada yang kaki lepak tak bekerja aku tetap katakan mereka itu adalah rakanku.Pesanku pada dia jika dia masih ingin menerima aku bermakna dia perlu menerima seluruh hidup aku dan pesanku juga " Biar kita menangis hari ini semahunya dari kita menangis di kemudian hari "

Setelah setahun bertunang maka hari persandingan pun tiba.Kali ini aku terasa amat sedih bila ibuku tetap tak mahu datang..aku nantikan ketibaan mereka dari kampung dan pastinya wajah ibuku yang aku cari tapi akhirnya aku hampa kerana dia tiada.Abah yang faham perasaanku meminta agar aku bersabar.Aku tidak dapat menahan sebak lantas dihari persandinganku aku memakai kacamata hitam.Dalam kesedihan majlis kami tetap berlangsung dengan lancar dan cukup meriah memandangkan isteriku adalah anak sulung.Meskipun tanpa kehadiran emak..jauh disudut hati aku tetap memohon restu darinya.Dengan sekali lafaz sah lah aku kini menjadi seorang suami.Malam itu aku diminta menyanyikan sebuah lagu semasa majlis joget lambak dan lagu yang aku nyanyikan "mahligai shahdu" dari Hattan.

Selepas itu majlis menyambut menantu dibuat pula dikampungku.Majlis yang dibuat secara sederhana tapi tetap meriah.Sebaik sahaja majlis selesai dan rombongan sebelah isteriku pulang aku segera menukar baju.Aku bergegas turun ke bawah untuk menolong mengangkat dan mencuci pinggan serta periuk.Ketika itu aku disergah oleh seorang makcik.." hey !!! yang kau buat kerja ni kenapa??..hari ni kan kau jadi raja ..kenapa kau buat kerja ni..biar orang lain yang buat..kau pergi duduk sana"..Aku yang tidak memahami istilah raja sehari hanya tersengih.Aku ingatkan raja sehari tu bermaksud masa bersanding je..Aku katakan "tak apalah biar saya buat..diaorang tu semua dah penat biarlah diaorang rehat"..

Alhamdulillah...akhirnya segalanya selesai dan aku bersyukur emak ku tetap menerima menantunya dengan baik..amin.Setelah itu isteriku yang dalam keadaan subur terus tak datang bulan (orang kata bunting pelamin) bermakna selepas ini aku bakal menjadi seorang ayah pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...