Isnin, Disember 13, 2010

PERISTIWA LAIN DI KILANG PAPAN

Peristiwa atau kenangan lain semasa aku bekerja disini adalah ketika aku dimasukkan kehospital gara-gara berlaku ketumbuhan didalam tekakku.Pada awalnya aku hanya merasa perit namun lama kelamaan untuk menelan air liur juga terasa amat menyakitkan membuatkan aku sukar minum ataupun makan terasa amat pedih dan menyiksakan.Apabila aku melihat melalui cermin aku dapati bengkaknya hampir menutup ruang tekakku.

Kerana tidak tertahan lagi aku segera pergi kehospital besar untuk mendapatkan rawatan.Setelah memeriksa keadaan ku maka keesokannya aku dibawa ke bilik pembedahan.Aku hanya didudukkan diatas kerusi dengan tanganku dilipat kebelakang dan dipegang oleh nurse.Aku melihat doktor memasukkan jarum yang agak besar dan memasukkan kedalam tekakku.Setelah itu dia menggunakan tiub untuk menyedut nanah ditempat tersebut.Sakitnya hanya tuhan yang tahu namun selepas itu aku lega dan boleh makan serta minum semula.Seminggu lamanya aku ditahan diwad dan aku masih ingat nama penyakit tersebut hingga kini iaitu digelar "quincy".Bila diingatkan kesakitannya sehingga kini jika tekakku terasa perit aku akan segera membeli ubat yang setakat ini hanya boleh aku dapati disebuah klinik sahaja dan setiap kali kesana aku akan membeli lebih untuk disimpan kerana aku tidak mahu penyakit sama berulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...