Isnin, Disember 13, 2010

PENGALAMAN BEKERJA DIKILANG JEPUN

Hari berganti hari bulan berganti bulan...daripada kerjaku hanya menolong ketatkan screw dan mengambil spanar kini aku semakin mahir membaiki mesin.Namun aku lakukan satu persatu dan jika aku tidak tahu aku akan meminta bantuan dari maintenance lain.
Ini adalah pengalaman pertamaku bekerja dengan syarikat Jepun.Sememangnya mereka amat pentingkan kebersihan dan juga disiplin.Aku merasa amat beruntung dapat bekerja disini.Banyak perkara dapat aku pelajari selain dari membaiki mesin sistem yang mereka gunakan juga amat sistematik.Segalanya perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.Selain itu mrk juga mengamalkan '5S' iaitu antara yg aku masih ingat Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke, yang bermakna susun,bersih,kemas dan selebihnyalah...

Setelah 3 bulan gaji aku dinaikkan sebanyak rm30 yang juga bermakna aku telah disahkan untuk jawatan tersebut.Aku semakin seronok bekerja kerana padaku semua tugas2 tersebut amat mencabar serta benar2 mencabar mindaku.Selama ini pekerjaanku tidak pernah perlu memerah otak kini otakku perlu ligat berfikir untuk mencari punca kerosakan sekaligus memastikan mesin2 tersebut kembali beroperasi.Kami juga perlu tangkas kerana jika mesin breakdown dan mengambil masa terlalu lama untuk diperbaiki ianya akan menjejaskan productivity sekaligus akan menyebabkan operator tersebut tidak akan mencapai target.

Kami juga dimestikan menulis report setiap minggu berkenaan masalah2 atau kerosakan mesin2 tersebut.Setiap minggu juga kami dimestikan hadir mesyuarat setiap pagi isnin berkenaan perkembangan syarikat dan perbincangan tentang masalah2 production line.3 bulan selepas itu aku diserapkan ke dalam shif yang bermakna aku akan bekerja mengikut shif pagi petang dan malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...